Sebening Akhlak Ekonom
Oleh : Istikanah (Srikandi FoSSEI JATIM)
Islam memandang ekonomi
sebagai vitalitas dalam sendi kehidupan karena Islam menilai bahwa harta itu
merupakan salah satu daripada lima keperluan asas dalam kehidupan. Lima
keperluan asas (maqashid syariah) itu ialah: Agama, Jiwa, Akal, Nasab Keturunan
dan Harta.
Islam merupakan risalah akhlaqiyah dan tamadun
Islam, yang merupakan tamadun akhlaqiyah. Seluruh misi dan risalah Nabi
Muhammad s.a.w. mengandungi unsur akhlak. Bahkan baginda telah mendefinisikan
risalahnya dalam sabdanya:
“Sesungguhnya (tujuan) aku diutus hanyalah untuk
menyempurnakan akhlak dan budi pekerti yang mulia”
Kemudian Allah s.w.t. menegaskan kebenaran sabda
tersebut dengan menurunkan ayat al-Quran yang memuji keluhuran budi pekerti Baginda
SAW dalam QS Al Mulk :4
“Sesungguhnya engkau (Muhammad) memiliki budi
pekerti yang agung.”
Akhlak ibarat cermin, yang memantulkan sisi murni dari sang
empunya, cerminan atas kondisi secara utuh. Begitupula akhlak, akhlak yang
bening akan mampu merefleksikan paradigma dan kebiasaan seseorang. Seluruh segi kehidupan Islam tidak boleh
dipisahkan daripada akhlak dan budi pekerti. Ilmu pengetahuan, politik,
peperangan dan ekonomi semuanya berkaitan secara rapat dengan akhlak dan budi
pekerti. Ilmu pengetahuan tidak akan memiliki nilai jika tidak disertakan
dengan akhlak yang mulia dan budi pekerti yang baik. Itulah sebabnya mengapa
Rasulullah SAW pernah memohon perlindungan Allah daripada ilmu yang tidak
bermanfaat yaitu ilmu yang tidak disertai dengan akhlakul karimah.
Sebagaimana ilmu pengetahuan, politik dan
perang tidak boleh dipisahkan daripada akhalk, maka demikian pulalah ekonomi.
Jika kita memperhatikan sistem ekonomi positif (sekular), barangkali orientasi
dari sistem-sistem tersebut hanya terkait dengan usaha untuk memperoleh
kekayaan sabanyak-banyaknya. Bukan terkait dengan orientasi takaful (saling
menolong).
Akhlak merupakan salah satu unsur-unsur
yang paling utama dalam ekonomi Islam. Unsur ini begitu penting sehingga tak ayal
jika Ekonomi Islam didefinisikan sebagai ekonomi yang berakhlak. Seluruh aspek
dalam ekonomi bersatu padu dengan nilai
akhlak dan budi pekerti yang baik. Allah tidak membenarkan seseorang untuk
memperolehi harta dengan cara yang batil untuk memakmurkan masjid atau
rumah-rumah kebajikan. Sebab Allah itu suci dan baik dan Allah hanya menerima
perkara-perkara yang suci dan baik pula.
Nilai moral
Islam menghubungkan antara individu dengan masyarakat, dengan menyeimbangkan
antara kebebasan individual dan tanggungjawab
sosial. Islam mendorong
pencapaian tujuan sosial-nya dengan menekan permintaan yang berlebihan terhadap sumber daya yang terbatas. Menjalankan perilaku ekonomi secara bermoral
mendorong pasokan altruisme, namun
disaat yang sama Islam mengizinkan tujuan self-interested sehingga
permintaan altruisme tetap terjaga (Pratikto, 2012).
Islam memerintahkan kita untuk
mengembangkan harta dengan cara yang shar'i, bukan dengan menipu, mengamalkan
riba atau merampas harta orang lain dengan cara yang batil. Islam juga
memerintahkan kita untuk membelanjakan harta yang kita perolehi dalam
perkara-perkara yang benar dan baik sahaja. Sebab harta itu merupakan harta
Allah dan ia hanya boleh dibelanjakan sesuai dengan kehendak daa peraturan
Allah saja. Ekonomi yang bertumpu kepada akhlak
tidak akan mengorbankan nilai-nilai murni demi mencapai keuntungan materi. Sebaliknya
ia akan mengorbankan keuntungan materi demi mencapai akhlak dan budi pekerti
yang luhur.
0 komentar: